Sunday, 30 August 2015

Keperluan Asas Manusia : Air

Keperluan Asas Manusia
 
3. Air
Air merupakan keperluan asas manusia dan mempunyai status yang tidak boleh dipandang remeh dalam tubuh badan kita. Air membentuk kira-kira 70 peratus daripada berat badan kita. Semua proses kimia dalam badan kita memerlukan air untuk bekerja agar nutrien dan oksigen dapat dihantar ke semua bahagian badan kita. Kita digalakkan minum sebanyak 8 gelas air seharian agar kesihatn dijaga. Amalan minum air yang mencukupi boleh mengelakkan berlakunya pendehidratan. Pendehidratan akan menyebabkan kulit dan rambut kita kering dan masalah sembelit akan berlaku. Air juga dapat mengawal suhu badan kita dan menghapuskan sisa dalam badan kita. Kita juga haruslah minum air berdasarkan aktiviti, umur , cuaca dan saiz badan kita. Sekiranya kita melakukan aktiviti seperti senaman ataupun cuaca terlalu panas, kita haruslah minum air yang lebih banyak untuk menggantikan air yang hilang semasa kita berpeluh.
 
 
( Gambar dari GOOGLE SEARCH )


No comments:

Post a Comment