Keperluan Asas Manusia
2. Udara
Udara merupakan komponen alam yang amat diperlukan oleh makhluk hidup di bumi.
Manusia tidak boleh hidup tanpa udara. Setiap saat ,
kita bernafas agar jantung kita tidak berhenti kerana apabila kita menarik
nafas oksigen akan dibekalkan kepada jantung kita untuk dihantar ke semua
bahagian badan kita. Kita sebagai manusia amat memerlukan udara untuk
bernafas. Tanpa udara,benda hidup termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manudsia
akan mati. Tanpa bekalan oksigen , sel-sel tisu badan kita akan rosak dan darah
kita akan penuh dengan karbon dioksida dan hal ini menurunkan pH badan kita.
Hal ini memang memudaratkan badan kita dan akan menyebabkan maut. Udara yang
bersih dapat membekalkan oksigen kepada badan kita agar lebih cergas. Sel-sel
tisu badan kita amat memerlukan oksigen untuk melakukan proses penafasan
selular ( cellular respiration) bagi
menghasilkan tenaga untuk badan kita. Paru-paru kita memerlukan oksigen untuk
menukarkan karbon dioksida dengannya supaya keseimbangan homoestasis dapat
dikekalkan.
( Gambar dari GOOGLE SEARCH )



No comments:
Post a Comment