Sunday, 30 August 2015

Keperluan Asas Manusia : Tempat Perlindungan

Keperluan Asas Manusia
 
1. Tempat perlindungan
Sebagai manusia, kita amat memerlukan tempat perlindungan agar berlindung daripada bahaya dan perubahan cuaca. Dalam pengertian yang lain, tempat perlindungan bukan sahaja merupakan banguna tetapi ia mempunyai banyak fungsi. Selain dapat menlindungi kita daripada bahaya dan perubahan cuaca, rumah  juga merupakan tempat kita bersuka ria dengan keluarga serta tempat kita menjalankan semua perkara harian. Pada zaman dahulu, nenek moyang kita pun telah sedar akan kepentingan tempat perlindungan. Mereka tinggal di atas pokok , gua dan sebagainya untuk melindungi diri daripada ancaman luar. Kini, kecanggihan teknologi dan pembanguna negara yang pesat telah mengubahsuai tempat perlindungan nenek moyang kita yang tidak kukuh kepada rumah yang cantik dan terdiri daripada bahan pembangunan yang lebih kukuh. Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan manusia, iaitu rumah bangle, rumah pangsa, rumah teres dan sebagainya. Bolehkah kamu bayangkan sekiranya anda tidak mempunyai tempat perlindungan dan anda perlu menghadapi cuaca yang melampau seperti angin kencang, hujan lebat dan sebagainya ? Sebagai konklusi, tempat perlindungan adalah penting kerana dengan adanya tempat perlindungan, kita tidak akan terkena cahaya matahari yang panas dan dapat mengelakkan daripada basah apabila hujan lebat.

 
( Gambar dari GOOGLE SEARCH )

No comments:

Post a Comment