Sunday, 30 August 2015

Keperluan Asas Manusia : Makanan


Keperluan Asas Manusia

 

4.  Makanan

 
Menurut Wikipedia, makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna, biasanya terdiri dari karbohidrat, lemak, air dan/atau protein, yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk mendapat nutrien dan/atau nikmat.

Manusia amat memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Keseimbangan makanan juga amat diperlukan supaya dapat membina tubuh badan yang sihat lagi cergas.Manusia tidak dapat membuat makanan sendiri seperti tumbuh-tumbuhan, justeru manusia seperti kita patutlah mengambil makanan harian kita elalui tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Makanan memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan manusia dan ia merupakan keperluan asas yang tidak boleh diabaikan. Kita haruslah mengambil makanan yang seimbang iaitu seimbang dari segi kadar penerapan protein, vitamin, fiber, karbohydrate dan lemak.
 



( Gambar dari GOOGLE SEARCH )

Menurut pyramid makanan, kita haruslah menyerap banyak karbohydrate seperti roti, nasi , bijiran dan sebagainya. Karbohydrate membekalkan tenaga kepada kita supaya kita berkemampuan untuk melakukan aktiviti seharian seperti lari, lompar, membaca, berjalan dan sebagainya. Tetapi, sekiranya kadar karbohydrate di badan kita telah melebihi kadar biasa, kita akan menghadapi masalah obesity. Kadar yang sesuai bolehlah membina tubuh badan yang sihat dan saiz tubuh yang normal dari segi fizikal.
 

( Gambar dari GOOGLE SEARCH )
 

 
Selepas karbohydrate, kita patutlah banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia membekalkan kita vitamin dan fiber. Vitamin dapat menguatkan sistem immune kita agar kita tidak mudah jatuh sakit. Vitamin-vitamin seperti vitamin A, vitamin C , vitamin K amat membantu dalam membina system imun yang sihat dan kuat. Sebagai contoh, vitamin C amat vital dalam mencerahkan kulit kita khususnya dalm kalangan wanita. Vitamin A boleh mengelakkan penyakit night blindness dan vitamin K amat membantu dalam pembekuan darah.
 
 
( Gambar dari GOOGLE SEARCH )
Protein juga penting dalam pertumbuhan badan kita tetapi kita haruslah berhati-hati dengan penyerapan protein kerana penyerapan protein yang lebih akan menyebabkan penyakit osteoporosis manakala kekurangan protein juga akan menyebabkan penyakit seperti kwashiorkor. Kita boleh memperoleh protein dari kacang, daging, susu, telur dan sebagainya. Protein amat membantu dalam membina dan membaiki tisu badan kita.








 
( Gambar dari GOOLE SEARCH )
            Akhir sekali, makanan yang harus kita elakkan ialah makanan berlemak, gula dan garam. Makanan yang berlemak akan meningkatkan komposisi lemak di badan kita. Sekiranya kita makan makanan yang berlemak dalam jumlah yang banyak dan tidak melakukan senaman dengan kerap, nescayalah kita akan menghadapi masalah seperti penyakit jantung, obesity dan sebagainya. Makanan yang masin ataupun manis seperti ikan masin, keropok, kek coklat dan sebagainya merupakan makanan berkalori tinggi dan akan mengakibatkan penyakit kencing manis.
 
 
 
( Gambar dari GOOGLE SEARCH )
Makanan merupakan keperluan asas manusia yang amat penting, justeru kita haruslah mengamalkan tabiat makanan yang seimbang untuk membina tubuh badan yang sihat.




RUJUKAN

Outline The Need For Oxygen In Living Cells And Explaination. (2011, OKTOBER 7). Didapatkan OGOS 6, 2015, daripada http://nsb.wikidot.com/2-2-5-outline-the-need-for-oxygen-in-living-cells-and-explain
 
Kepentingan air kepada kesihatan manusia. (2013, NOVEMBER 2). Didapatkan OGOS 3, 2015, daripada http://panduanpercuma.info/info/tahukah/2914/kepentingan-air-untuk-kesihatan-manusia/
 
Penyakit kekurangan protein dan akibat kelebihan protein. (2014, MEI 31). Didapatkan 8 3, 2015, daripada http://daunbuah.com/penyakit-kekurangan-protein-dan-akibat-kelebihan-protein/

Scherz, H. &. ((1994)). Food composition and nutrition tables. Medpharm GmbH Scientific Publishers.

THO LAI HOONG, H. A. (2011). TARGET 2011 SCIENCE. BANGI, SELANGOR: PERCETAKAN JIWABARU SDN. BHD.
 
Wikipedia. (t.t). Didapatkan OGOS 1, 2015, daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan

 

 
 

 


 

No comments:

Post a Comment